Friday 13 May 2011

~..Tip untuk mendapatkan coklat yang cantik..~

1.       Semua peralatan yang digunakan hendaklah berada di dalam keadaan kering.
2.       Jangan biarkan air mendidih hingga menggelegak ketika coklat dimasukkan ke dalam mangkuk aluminium kerana ia akan menyebabkan coklat menjadi liat.
3.       Periuk didih hendaklah lebih kecil daripada mangkuk aluminium.
4.       Jangan biarkan mangkuk berenang-renang di dalam periuk.
5.       Gunakan spatula plastic untuk mengacau coklat.
6.       Masukan coklat sedikit demi sedikit supaya mudah cair dan lebih menarik.
7.       Jangan sesekali memasukkan air kerana ia boleh menyebabkan coklat bergumpal dan liat.
8.       Ketika mencairkan, tidak perlu menambah marjerin atau air.
9.       Coklat yang baik dan berkualiti harganya lebih mahal.
10.   Coklat yang baik dan berkualiti nampak lebih berkilat dan menarik walaupun disimpan lama.